Thursday, 23 June 2016

Maruku meletops

Nik Fazliena Amway:
Maruku Meletops

125gm Marjerin (dicairkan)
2 biji telur
250gm tepung kacang kuda
500gm tepung pukut
20gm jemuju (blend halus dan tapis)
1/2 sudu serbuk cili
400ml air
1/2 sb ajinomoto
3 sb gula
1sb garam
1 sb udang kering dan ikan bilis dikisar halus.

Daun kari (optional)

Tu dpt di sebelah.. Bleh tahan panjang gak resepinya..masuk jer dalam noodle maker tu nanti dia keluar sendiri.

Wednesday, 22 June 2016

Apam yogurt

As salam... maaf lambat bg resepi. Harap dpt dikongsi bersama. Selamat mencuba ....

Apam yogurt

2  cwn tepung
1 tbsp ovalette
1 1/2 cwn gula
1 cwn yogurt plain
2 biji telur
1/2 tsp doubke action baking powder
1 tsp esen vanilla

Pukul semua sehingga kembang dan warnakan. Kukus selama 10-15 minit siap.

Tuesday, 21 June 2016

Ayam percik puyuk noxxa

AYAM PERCIK NOXXA

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam potong 2 bahagian atau boleh guna bahagian lain
2 ulas bawang merah besar*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci halia*
3 tangkai lada kering*
3 batang serai dihiris*
Santan pekat 2 cawan  * atau  wani guna lebih kurang 600 ml santan cair..
Gula melaka 1/2 bahagian
2 Keping asam gelugur

Kesemua bahan bertanda * diblender

Bahan untuk perapan ayam
6 ulas bawang putih
1 inci halia

Tumbuk bawang putih dan halia beserta garam sampai lumat dan lumurkan pada ayam. Perap sekejap

CARA - CARA
1. Tuangkan bahan yang telah diblender ke dalam innerpot noxxa dan masukkan santan dan garam sikit.masukkan asam keping .kacau sekejap dan on kan noxxa setkan kepada mode "stir fry"
2. Kacau sehingga mendidih. Nampak mendidih,masukkan gula melaka dan stir fry lagi sampai gula melaka cair dan kuah nampak pekat sikit
3. Off kan noxxa sekejap, ambil separuh kuah percik letak dalam mangkuk, sebab nanti nak tuangkan atas ayam sikit masa nak bakar dalam oven
4. Ambil ayam yang telah diperap dan masukkan dalam noxxa, masukkan sekali sisa2 bahan perapan yang melekat kat bekas perapan..dalam periuk noxxa..tak nak bazir
5. Kacau sekejap,tutup periuk, pusing tombol ke arah " pressure" dan setkan kepada mode " high pressure" masa 8 minit dan on kan periuk.
6. Dah habis masa, off kan periuk dan pusing tombol ke arah " steam". Habis wap baru buka tudung. balikkan ayam ke sebelah lagi, kacau2 sikit  dan tutup balik. Cara sama macam nombor 5.
7. Lepas habis masa, off kan, keluarkan wap dan ambil ayam pindah ke dulang pembakar.lumurkan ayam tadi dengan kuah percik yang telah disimpan tadi.
8. Masukkan dalam oven nak bagi garing sikit kat luar. Saya bakar guna api atas dulu lepas tu baru guna api bawah.
9. Kuah dalam innerpot boleh stir fry kan sekali lagi nak bagi kering dan pekat.. Boleh buat sebagai kuah nak makan dengan nasi.

NOTA
Kalau nak keluarkan kuah sikit boleh untuk tuang atas ayam nanti nak bakar, kalau tak nak pun tak apa.. lepas keluarkan ayam dari periuk,susun atas dulang..stir fry sampai kering sikit.. boleh tuang atas ayam.. masa nak bakar..

Ayam perap airfryer

Resepi ayam kfc air fryer philip amway.
Kuantiti sekali goreng 1 ekor utk air fryer philip amway..berbanding pasaran luar, 2 ketul aje muat.

(RESEPI LENGKAP) = Ayam Goreng KFC (Hot Spicy) .resepi ustaz #noxxapc

Bahan-bahan : (Perap untuk 1-2 jam)
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu serbuk kari ayam
3 sudu serbuk pasti sedap
sedikit soda bikarbonat
sedikit garam
sedikit air

Bahan-bahan : (Tepung Salut)
2 cawan tepung jagung
3 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
sedikit serbuk bawang putih
sedikit serbuk five spice
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk thyme
sedikit soda bikarbonat
1biji telur

Cara-cara:
1. Perap ayam 1-2jam dengan bahan-bahan perapan tadi.
2. Gaul ayam selama 3 min bersama bahan-bahan tepung salut.
3. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
4. Selepas itu gaul selama 3 min bersama tepung salut. Pastikan gaul sehingga terdapat keringtingan pada kulit ayam tersebut.
5. Goreng dlm AF 8minit

Kek butter susu pelangi

Resepi Kek Butter Susu Pelangi 🍰

5 biji telur
3/4 cawan gula halus (160 gm)
2 cawan tepung gandum (300 gm)
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan susu pekat (300 gm)
1 sudu besar ovallate
200 gm butter
perasa (pilihan)
1 sudu teh esen vanilla
pewarna (pilihan )

satukan semua bahan kecuali pewarna. putar high speed dengan Kitchen Aid sehingga kembang dan gebu.

kaup adunan, bahagikan kepada bahagian yang mahu diwarnakan. Letakkan pewarna dalam adunan yang telah dibahagikan. Gaul rata. Sediakan loyang. Lapik bahagian bawah dengan kertas minyak dan sapukan butter. Tuang adunan berselang seli mengikut kreativiti. Panaskan ketuhar. Dan bakar kek pada suhu 180 c selama 45 minit (ikut panas oven masing masing) kalau noxxa biasa saya steam 25- 30 minit dah masak

Nutrilite

Produk Hari ini

NUTRILITE Nutri Bifidus

Bakteria yang baik penting untuk mengekalkan sistem pencernaan yang sihat. Penuaan, tahap stres yang tinggi, melancong dan tabiat gaya hidup yang lain akan mengurangkan bilangan bakteria baik dan meningkatkan bakteria tidak baik dalam sistem pencernaan kita. Ini boleh membawa kepada masalah pencernaan, mengurangkan tindak balas imun dan terhadap makanan tertentu.

Kukuhkan keseimbangan semula jadi bakteria baik dalam sistem pencernaan anda secara mudah dan semula jadi dengan NUTRILITE Nutri Bifidus.

Penggunaan yang Disyorkan: Kandungan boleh ditelan dengan minuman sejuk seperti jus atau air. Atau, jika suka, tabur di atas makanan seperti bijirin atau yogurt sejuk. Disebabkan ciri produk, pengambilan dengan makanan atau minuman panas adalah tidak disyorkan. Untuk hasil terbaik, ambil setiap hari.

1 bilion probiotik

* Proses dipatenkan yang unik memberi 1 bilion probiotik (bakteria baik).
* Membantu mengekalkan keseimbangan bakteria dalam sistem penghadaman.
* Membantutkan pembiakan bakteria berbahaya.

Dua salutan

* Dua salutan yang memastikan paten melindungi probiotik daripada terdedah kepada asid perut dan hempedu, memastikan penghantaran1 bilion probiotik aktif kepada usus.
* Melindungi probiotik daripada terdedah kepada lembapan semasa penyimpanan. Menjamin probiotik tetap aktif selama 12 bulan sepanjang hayat produk, bukan hanya pada masa pengilangan.

Prebiotik FOS

* Sumber makanan untuk probiotik bagi menggalakkan pembiakannya dalam salur pencernaan.
* Mengandungi oligofruktosa, sejenis karbohidrat yang tidak dapat dicerna yang boleh diguna oleh bakteria asid laktik.

7 jenis bakteria asid laktik

* Kombinasi unik pelbagai jenis organisma probiotik – 3 Lactobacillus, 2 Bifidobacterium, 1 Streptococcus dan 1 lactococcus untuk menyasarkan pelbagai kawasan salur pencernaan.
* Lactobacillus meningkatkan asid laktif yang mengubah persekitaran usus, menjadikannya kurang sesuai untuk bakteria berbahaya.
* Lactobacillus dan Streptococcus boleh membantu mengurangkan ketaktoleran laktosa dan cirit-birit.
* Bifidobacterium bertindak terutamanya dalam usus yang besar – membantu tubuh mengekalkan keseimbangan semula jadi bakteria usus dengan meningkatkan keasidan usus untuk membantutkan pembiakan bakteria berbahaya seperti E-Coli and Salmonella.
* Juga membantu menimbulkan ciri-ciri merangsang imun.
* Mengurangkan ketaktoleran laktosa dan kejadian cirit-birit.
* Juga menyokong pencernaan produk tenusu.

Fitonutrien tambahan

* Pekatan karot Nutrilite eksklusif untuk faedah tambahan serat dan fitonutrien.
* Juga menyokong kesihatan pencernaan.

Mudah diguna dan disimpan

* Dibungkus dalam paket berasingan – produk yang mudah diguna, dibawa dan menyenangkan untuk mengelakkan cirit-birit dan gangguan pencernaan semasa di dalam perjalanan.
* Penyimpanan yang menyenangkan tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk.
* Tetap stabil sepanjang hayat simpanan produk 12 bulan.
* Granul berwarna merah jambu yang halus – boleh ditelan dengan mudah atau cuma tabur di atas makanan.

Kalori Rendah

Hanya 4 kalori setiap paket – ideal untuk mereka yang prihatin dengan pengambilan kalori.

Harga jualan: RM192.90
Harga ABO: RM154.75
PV/BV:  46.00 /146.00

Steamer noxxa

Noxxa Food Steamer
- Kaedah memasak secara kukus/stim ialah cara menjalani gaya hidup yang lebih sihat.
- Nutrien dan rasa dikekalkan sewaktu proses pengukusan
Ruang pengukus XL
- 3 tingkat yang boleh disusun bertingkat
- Setiap tiub stim menyalurkan stim ke setiap ruang yang mana meminimumkan pemindahan bau makanan dari satu ruang ke ruang yang lain
- Pemasa digital
- Pemasa tunda sehingga 12 jam
- Salur masuk air luar untuk mudah mengisi takungan air
- Watt: 1200W
- Takungan Air: 1.7L

Mmg berbaloi.
Steamer tu tak perlu tunggu 30minit untuk air mendidih.

Masuk terus kueh, ON jer.. terus wap keluar..
HEBAT, KAN..
Steamer

Tuesday, 14 June 2016

Biskut famous Amos

Biskut Famous Amos

250g butter
1 1/4 cwn gula perang
1/2 cwn gula kastor
2 st esen vanila
1 st serbuk kayu manis
2 biji telur
*1 1/2 cwn tepung gandum (saya guna superfine)
*1 st baking soda
*ayak bersama

3 cwn oat (yg rolled, bentuk mcm gandum, bukan yg instant mcm Quacker)
1 cwn cranberry
1 cwn choc chips
(Kalau xsuka cranberry, boleh tukar dgn bahan lain e.g. kismis, kekacang etc)

Cara-cara:
1. Pukul butter, gula, esen vanilla dan serbuk katu manis sampai gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan dan gaul sebati tepung dan soda.
4. Kaupbalikkan cranberry dan choc chip.
5. Sejukkan adunan dlm peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
6. Sudukan atas loyang beralas baking paper (jarakkan sbb nnt dia mengembang) dan bakar pada suhu 170 selama 12-15 minit.

Cara pulut kuning noxxa


2kg beras pulut (rendam kunyit + asam keping = 30mnt)
Air separas beras pulut(lebihkan sket - santan 2 kotak mix skali + air)
HP 7 mnt - gaul2 or balik2kan
Steam mode 3mnt.

Apam mekar amway

APAM MEKAR AISKRIM SODA

Bahan-bahan:
-3 butir telur gred A
1  1/2 cawan gula pasir-boleh kurangkan kalau tak nak manis(ros letak satu cawan gula)
1 sudu teh ovellete
1 cawan air aiskrim soda F&N-guna jenama nie je tau!
3 cawan tepung gandum(saya guna tpg naik sendiri)
1/2 st baking powder-saya tambah beberapa titik esen pisang-untuk kurangkan hanyir telur(ros guna esen vanila)
beberepa jenis pewarna yang disukai(ros guna warna biru,ungu,pink dan hijau)-saya guna pink dan hijau(ros rasa nanti next time ros nak letak sikit baking powder kot,sbb nak apam ni naik lagi cantik,tp x try lg br bercadang)

Cara-caranya:-
Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovellate.
Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum.
Masukkan air aiskrim soda dan pukul sehingga sebati.
Campurkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan pukul sehingga sebati.
Titiskan esen pisang@vanila ke dalam adunan dan sebatikan.
Matikan suis mesin mixer,bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
Sudukan adunan ke dalam cup bersaiz S(cup yg org guna buat almond london tu) sehingga hampir penuh cup.Jangan melimpah pulak.
Kukus dengan api besar selama 7 minit.(saya kukus 10-15 minit,sbb guna papercup cake yg besar)

Kek minyak noxxa

Kek minyak

Bahan

5 biji telor                    )
1 cawan gula castor   )  pukul gebu
1 camb ovalette          ) 
1 camk vanila              )

Masukkan
1 cawan susu pekat      ) pukul
1 cawan minyak jagong)sebati

Akhir sekali masukkan
2 cawan tepong naik sendiri

Bahagi kpd 3 bahagian
Warnakan mengikut kesukaan

Tuangkan berselang seli ke dalam periok noxxa hingga habis adunan

Stim selama 30 minit

Resepi roti manis

Nik Fazliena Amway:
Resipi roti manis

1. Air sejuk 150ml
2. Telur 2 bj
3. Gula 100gm
4. Garam 5gm
5. Bread improver 1 sudu kecil
6. Shortening 40 gm
7. Margerin 40 gm
8. Bread Softener 8gm
9. Tepung high protein 500 gm
10. Yis 8 gm

Inti-choc chips @ jem @kacang merah
function bread no 10(doh)
Pre heat oven 180 degree
Masuk roti & oven bake 15-20minute

Gulai ike ayo nasi dagang

Monday, 13 June 2016

Multipurpose cleaner amway

product of the day

L.O.C MULTI PURPOSE CLEANER

1.pencuci serbaguna yg pekat dan berkesan ke atas permukaan d seluruh rumah lantai bilik air dapur dan lain lain.
2.agen pembersihan semulajadi yg boleh dperbaharui drpada sumber minyak kelapa dan menanggalkan kotoran dan daki yg terkumpul.
3.tidak mengandungi bahan kimia yg berbahaya sehingga melelaskan permukaan.
4.menjadikan permukaan bersinar berkilat dan tanpa sisa.
5.selamat dan lembut utk kegunaan setiap hari.
6.mempunyai PH yang neutral dan lembut.

paling berkesan jugak kepada

1.kucing
2.anjing
3 binatang peliharaan berbulu yg lain

caranya ialah
1.basahkan binatang kesayangan anda dan letak satu sudu besar L.O.C pada bulu kucing dan mandikan serta gosok2 lembut bulu kucing tersebut...
2.kesan nya semua kutu mati! !
3.kesannya  lagi bulu kucing berkilau lembut dan berombak!!
4.mesti guna L.O.C yg hebat nih

saya pun terkejut dan teruja. shampu biasa utk kucing dah tk guna dah sebab kutu tk mati....

Soft cleaner amway

LOC Soft cleanser

- Rumusan yang pekat dan berupa krim yang menangani tanda-tanda dan kesan kotor yang sangat degil pada jubin seramik, permukaan dapur seramik, pancuran, tandas, lekapan dan singki.

- Menanggalkan secara berkesan kotoran terkumpul yang degil; cuma bilas dengan kain lembap atau air.

- Cukup lembut untuk membersihkan walaupun keluli tahan karat tanpa mencalarkan atau meninggalkan sisa yang membahayakan.

DP: RM26.50
CP: RM33.15

Nasi tomato

Bahan bahan

A
2 sudu gheeblend
1 bawang besar
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu,manis

B
3 sudu tomato puree
2 sudu tomato sos
Beras basmathi 3 cawan basuh.dan tos
Air.3 cawan
1 cawan susu cair
Gula batu

Kismis
Bawang goreng

Cara cara

Stir fry bahan.A sampai wangi

Off...masukkan bahan.B..HP 3mins

Off masukkan kismis
Steam 3mins

Last sblom hidang taburkan bawang goreng

Bubur pulut hitam

Bubur Pulut Hitam

1 1/2 cawan pulut hitam
6 cawan air, untuk merebus pulut
1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan
2 cawan santan cair)
2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
3/4 cawan gula putih
1/2 ketul gula melaka garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung

Cara Penyediaan:

Cara untuk masak bubur pulut hitam:Rebus  hp 10 minit pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut.

tukar mode stirfry

Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.Cara untuk kuah santan:Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.

Ketupat sotong

Ketupat Sotong
============

Sejukkan seketika sebelum dihidangkan..

BAHAN-BAHAN:

20 ekor sotong | sederhana saiznya
250 gm beras pulut | dibasuh dan ditoskan
250 ml santan
1/2  keping keping manisan / gula melaka
5 sudu gula
4 biji bunga cengkih
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Lidi | sebagai pencucuk

CARA MEMASAK:

1. Beras pulut dimasukkan ke dalam sotong. Jangan terlalu penuh tetapi hanya separuh bahagian saja.

2. Selepas itu sematkan kepala sotong itu dengan menggunakan lidi supaya beras pulut tidak terkeluar.

3. Susunkan sotong ke dalam periuk dan masukkan santan ke dalam periuk itu.

4. Masukkan , bunga cengkih, daun pandan, garam secukup rasa, manisan  dan gula ke dalam periuk.

5. Akhir sekali, hp 10 minit.. biar wap habis sendiri....
siap dihidang.. 😋😋😋

Puding jagong

Puding Jagung
(Menu semalam)

1 tin jagung dlm tin (yg dikisar)
1 tin susu ideal
3/4 tin gula (guna tin jagung)
1 biji telur
1 tin tepung (1/4 tin tepung kastard + 3/4 tin tepung jagung)

3 tin air
Secubit garam

Campak semua dlm periuk. Letak atas api, sentiasa kacau sehingga mendidih, membuak dan berkilat.

Masuk dalam bekas, sejukkan.

Walla..

Saturday, 11 June 2016

Pulut skaya hijau

Seri muka

*Kukus pulut

4 cwn beras pulut

3 cwn air

1 cwn santan (sukatan air ikot jenis pulu)

Kukus sampai masak (kalau p.cooker noxxa, HP 5 minit)

Adunan hijau

*1 1/2 cwn tepung gandum

2 sudu besar teping beras

2 sudu besar tepung kastad

1 cwn gula

1 cwan air pandan (camporkan pewarna hijau je pon boleh)

2 cwn santan

Semua bahan2 dikisar dan tapis

Masukkan pulut tadi dlm acuan lompang atau loyang, tekan2 kan bqgi mampat.

Siramkan adunan santan tadi dan kukus sampai masak. (P.cooker noxxa, HP 6 minit)

Thursday, 9 June 2016

Kek minyak

Kek minyak

Bahan

5 biji telor                    )
1 cawan gula castor   )  pukul gebu
1 camb ovalette          ) 
1 camk vanila              )

Masukkan
1 cawan susu pekat      ) pukul
1 cawan minyak jagong)sebati

Akhir sekali masukkan
2 cawan tepong naik sendiri

Bahagi kpd 3 bahagian
Warnakan mengikut kesukaan

Tuangkan berselang seli ke dalam periok noxxa hingga habis adunan

Stim selama 30 minit

Wednesday, 8 June 2016

Biskut cornflakes rangup

Resepi Biskut Cornflakes Rangup

Bahan-bahan :
250 gram mentega
¾ cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanila
1 biji kuning telur
250 gram cornflakes (diramas sikit)
2 cawan tepung naik sendiri

Bahan-bahan Lain :
Mangkuk kertas secukupnya
Ceri merah dan ceri hijau sebagai hiasan (dipotong kecil)

Cara Membuatnya :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.

2. Setelah sebati, masukkan kuning telur dan pukul lagi.

3. Kemudian masukkan esen vanila.

4. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yang diramas tadi.

5. Gaul sebati menggunakan senduk kayu saja.

6. Sudukan adunan ke dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan potongan ceri.

7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 oC selama 20 minit.

8. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Resepi di sini: http://www.kongsiresepi.com/in/13956/0/

Samperit dahlia

Sumber : Dari Dapur Seorang Amatur

SAMPRIT DAHLIA
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

250g buttercup
50g gula castor
120g susu pekat manis
400g tepung jagung
30g tepung castard
1 sudu teh esen vanilla

Cara2
1. Masukkn butter dn gula ke dlm mangkuk mixer. Pukul sebati.

2. Masukkn susu dn esen vanilla. Pukul sebati.

3. Ayak tepung jagung bersama tepung kastard dn masukkn ke dlm adunan. Gaul dgn tangan hingga jd doh... dn doh ni SANGAT LEMBUT ye... Klau doh yg trhasil keras, maknanya smpai kt sini pun step dh tak betul... (pastikn sukatan betul)

4. Bahagikn doh kpd 2 bhgn. Biar 1 bhgn dgn wrna asal. Letakkn warna kesukaan dlm 1 bhgn lg... sentiasa ttp doh dgn kain lembab supaya doh x keras.

5. Blh lah di tekan ats dulang yg tlh d gris.

6. Bakar suhu 160°c selama 15 - 20 mnt ikut kesesuaian oven masing2. Guna api ats dn bwh yee...

TIPS dan SOALAN2 yg biasa DITANYA... (sy jwb siap2 kt sini, so jgn tanya dh tau... Sila baca dgn nada yg penuh kasih syg yee... hehee)

SOALAN : Kenapa pkai buttercup? Apa lg jenis mentega yg blh guna? Blh x pakai margerin biasa?
Jawapan : Blh pakai ANCHOR utk rasa yg lbh sedap. Kalau utk jual biasanya pkai buttercup sbb lbh murah dn rasanya masih sedap... Jgn pakai margerin biasa, nnti rasa dia lari.
Tips : Bila keluarkn butter dr peti ais, rehatkn di luar sekejap supaya buttr kita lembut sikit (tp masih dlm suhu sejuk) Kemudian br gunakan.

SOALAN : Dlm resepi x pakai telur? Kenapa?
Jawapan : Dlm resepi ni x pakai TELUR... saya ulang, TAK PAKAI TELUR... sbb telur akn menyebabkn kuih samprit jd sgt gebu dan lerai... samprit kita akn mengembang dn terpenyek bila dibakar dn hilanglah kelopak bunganya...

SOALAN : Tak payah letak tepung gandum ke? Resepi lain guna tepung gandum.
Jawapan : Dlm resepi ni juga TAK PAKAI TEPUNG GANDUM. Kenapa? Dah mmg resepinya begitu... hehee... inilah yg dinamakn resepi, betul tak?
Tips : tepung gandum akn buatkn samprit keras bila sejuk... dn rasanya mcm tepung jee...

SOALAN : Susahnya nk tekan samprit. Nk patah jari rasanya, nk buat mcmana ye?
Jawapan : Sebaik sj doh siap diadun, SEGERA tekan guna acuan ketika doh masih lembut.
Tips : Sentiasa ttup doh supaya x keras. Adunan mudah mengeras klau trdedah pd angin. Klau doh keras dn susah nk tekan, blh masukkn 1 - 2 sudu susu full cream (susu kotak) dan uli sebati.

SOALAN : Kenapa samprit saya jd kembang, kelopak jatuh, terpenyek bunganya bila dh bakar?
Jawapan : REHATkn dulu samprit yg dh ditekan. Jgn trs bakar. Saya akan biarkn bwh kipas utk 1/2 jam hingga 1 jam sblm dibakar.... biar dia rehat lama2 pon xpe... lg lama samprit kita trdedah pd angin, ia akn jd lbh keras dn kelopak bunga samprit kita nnti akn lbh 'TEGUH'... xde la kelopaknya terpenyek bila dibakar. Tp jgn risau... bila dh dibakar nnti, samprit kita akn jd rangup, gebu dn cair dlm mulut.
Klau nk samprit kita cantik, kena la maintain saiz sentiasa yee...

SOALAN : Dah ikut tips di ats tp samprit sy ttp kembang lps dibakar. Macam mana ye?
Jawapan : Kalau setakat kembang sikit tu biasa la sis... Sy buat pn kembang gak sikit.
Tapi mungkin juga ada masalah dgn SUHU masa bakar.
Cuba fahami karenah OVEN masing2... klau sblm ni sis pkai suhu 160 tp samprit masih kembang, cuba kurangkn ke 150 dn tambah masa mmbakar lg 5 mnt...
Klau sblm ni sis menggunakan rak yg bwh, kali ni cuba gunakan rak tgh oven tu...

SOALAN : Saya xde acuan macam tu. Blh guna acuan lain?
Jawapan : Boleh je sis, sbb acuan x mmpengaruhi rasa... cuma mmpengaruhi mata jee... Sy guna acuan ni sbb mmbentuk kelopak yg cantik.
Acuan ni sy beli kt kdai brg2 kek. Kat pasaraya sy x pasti ada ke tak.

SOALAN : Ada antara bahan2 ni yg sy x ada... blh tak sy ganti? Sy taknak guna susu, nk guna gula sj... Sy xde tepung castard, sy ganti dgn tepung lain?
JAwapan : Soalan nk minta menderhaka pd resepi ni yg paling sy lemah nie... hahaaa kiki emoticon
Jawab sy senang je.... Kalau x cukup brg, jgn buat! Pegi beli brg dulu...
Klau x suka itu, x suka ini dn nk ganti dgn bhn lain... jwbnya senang, cari resepi lain jgn guna resepi ni... (Hahaaa bahayanya sbb sy dh gelak sorang2 ni ^_^)

Fuhh... ok.. itu smua tips dn rahsia2 saya menyamprit... dn saya dh turunkn smuanya buat sis2 trsayang... Sorry panjang plak sy berleter...
Yg penting nk buat apa pon kena ikhlas dn penuh kasih sayang... hehee...
Saya halalkn pd yg sudi nk share resepi ni... jom share rmai2...

Selamat mencuba...

Tuesday, 7 June 2016

Ayam panggang ala kenny rogers noxxa

Kak Ismaliza comey.. ni dia resepi..
Sori lambt

Ayam panggang Noxxa
Ala Kenny Rogers

2 sudu besar serbuk brown sos
2 sudu besar sos tomato*
1 sudu besar, serbuk lada hitam (yg kasar)
2 sudu besar kicap*
1 sudu besar oregano

* optional. Tak nak letak pon boleh.
# brown sos dah cukup rasa.. Tak perlu garam tambahan.

Perap 30minit.. Sebaiknya semalaman. (Saya perap dlm plastik)

Masukkan ayam dalam periuk (bahagian dada di bawah), high pressure 12 minit, bergantung pada saiz ayam.

Lepas dah cukup minit, Tunggu 15minit sebelum wap dan periuk dibuka.. Dah siap!
😋😋😋

Ayam manggo

2 keping isi dada ayam
1 ulas bawang putih
Sedikit garam
Lada sulah
Tepung jagung

Isi dada ayam dipotong dua tiga kerat.
Tumbuk bawang putih dan lumurkan pada ayam tersebut dan masukkan juga sedikit garam dan lada sulah.  Perap seketika.
golek-golekkan pada tepung jagung dan biar melekat pada isi ayam dan seterusnya digoreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.

Sos
2 sudu besar sos Plum
1 sudu kecil sos cili/Thai
1 sudu kecil sos tomato
Potongan cili padi..ikut sukalah nak berapa biji..
sedikit air masak suam
Gula dan sedikit garam
Parutan buat mangga muda

Campurkan kesemuanya dan rasalah biar sedikit manis

Hiasan
Parutan mangga
Parutan carrot
Untuk ditabur atas ayam manggo kita...
Pastikan ayam yang telah digoreng apabila kita nak makan dipotong-potong dahulu sebelum menghidang.

Monday, 6 June 2016

Ayam morocco

Resepi Ayam morocco.

Bahan2:
Garam
Serbuk kunyit
Serbuk Kulit Kayu Manis
Buah zaitun

Perap ayam dgn bahan diatas.

Tekan stirfry dan on dan Tumis Bawang holland + kayu manis hingga naik bau. Masukkn ayam.high presure 15 minit

Nasi Morocco

Bahan2:
Bwg besar
Kulit kayu manis
Tomato

Tekan stirfry dan on danTumis bhn di atas hingga naik bau. Masukkn 1 sb rempah nasi arab, 1 sk s.kunyit, 1sk s.kayu manis, garam, 1 kuib ayam, 1 kg beras dan 1.4 liter air.high presure 3 minit.

Hidangkan selamat mencuba.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...