Pada yang nak mencuba nasi dagang tganu, boleh catit resepi nie betul2. Confirm jadi. Nie versi shortcut. hihi..
Utk nasi dagang Ganu:
4 pot beras siam
1 pot beras pulut
4 pot air
2 cawan santan
1 inch halia potong panjang n halus2
1 sudu kecil membukit halba
4 ulas bwg merah.
1 sudu besar garam
Gula jika suka
Kaedah:
- high pressure 5minit; beras, halba dan air. Bila dah cukup minit, biar sampai periuk boleh buka sendiri.
Paling cepat nak buka, selepas 15minit.
- masuk santan 2 cawan dgn bwg & garam, stim 2minit
- buka periuk, kacau, stim 1 minit.. biarkan nasi di warm reheat utk lebih berkilat.
Gulai:
- kukus siap2 ikan dgn asam keping n sedikit garam (high pressure 2 minit)
Blender halus:
1 inch kunyit hidup
1/2inch lengkuas
1inch belacan
Cili giling
Bawang merah
2 sudu besar Rempah gulai bunga ros
1 sudu besar rempah tumis
2 cawan santan
Cili padi
Gula
Garam
Kaedah yg simple:
- Tumis cili tanpa minyak sehingga garing. Masuk bhn kisar.
- Masuk santan dan rempah.. kacau sehingga mendidih. Pastikan santan larut cantik.
- masuk ikan, cili padi dan cili hidup, slow cook sehingga gulai pecah minyak dan pekat.
- masuk garam, gula dll sesedap rasa.
Nasi dagang n gulai.. 30minit dah siap..
No comments:
Post a Comment