Resepi Brownies Kedut
Bahan:
400 gm coklat masakan - dark chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur - gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko
badam / kacang walnut
1. Satukan coklat masakan dengan butter. Gaul rata.
2. Dalam bekas lain satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanilla.
3. Gaul rata nenggunakan wisk sahaja.
4. Satukan tepung naik sendiri dan serbuk koko.
5. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakan dan ratakan.
6. Masukkan tepung yang telah bercampur tadi ke dalam adunan. Kemudian gaul rata.
7. Masukkan adunan dalam loyang 9x9 yang telah dilapik kertas kek yang telah dioles juga dengan butter.
8. Bakar dalam suhu 150 c selama 50 minit mengikut kepanasan suhu oven masing-masing.
No comments:
Post a Comment