Sunday, 15 January 2017

Sweet bun pandan

Cekidottt uolls...
Selamat Mencuba... 😝😝😝

SWEET BUN PANDAN 🍃

Bahan2...
400g tepung high protein
100g tepung gandum
80g gula halus
½ sk garam halus
5g yis kering
1 biji telur + 140g susu segar + air dr peti ais (timbang semua jdikn 250g)
80g marjerin
2 sk emulco pandan
1 sk pewarna hijau
Filling - Kaya paste

Cara2nya...
UNTUK DOH : Satukan semua bahan2 diatas kecuali marjerin ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah marjerin dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik wrap dan biarkan 1 jam...
BREADMAKER : Masukkan semua bahan2 diatas  ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap uli.. Uli 2 kali yee..
Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 50g yang sama besar, bubuh filling kaya, bulat2 kan doh dan susun dalam loyang 8x8x3" atau dlm cup.. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam...
Spray sedikit air atas permukaan roti or egg wash dan paipkan filling kaya (masukkan filling kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi.. Ikut lah style memasing yeaa...
BUN SWISS ROLL : Canai kn doh 300g - 400g spi nipis.. Sapu filling kaya ikot byk mne korg nak.. Gulung doh dan potong setebal 1 inchi.. Susun dlm cup n sapu telur atsnye.. Tunggu doh kembang sblom bakar yee..
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 - 30 minit.. Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan... Lepas tu boleh lah makan ngn air kopi/teh jgn lupa yeaa...

Roti Butter milks gebus

RESEPI ROTI BAKAR INTI BUTTERMILK GEBUSS

Bahan A

1 cawan air suam
1 sdu besar susu pekat
4sudu besar gula
3-sudu besar yis
(Bancuh bahan A dan biarkan sampai kembang atau berbuih naik)

Bahan B

4 cawan tepung roti atau tepung high protien
1 sudu kecil bun softoner
2sudu besar mentega
1 biji telur
1sudu besar susu tepung(tak letak pun takpe,kalau letak lagi sedap)
(Ramas ramas bahan B sampai rata .)

Cara membuat.

Tuang bahan A kedlm bahan B sedikit demi sedikit.uli sampai elastik dan tidak melekat di tgn. Kalau dah cukup elastik rehatkan doh selama 1/2 jam -40 minit. Tumbuk doh untuk keluarkan udara. Bulatkan doh sama besar.baru masukan inti. Pastikan ada ruang diantara setiap doh. (Saya bahagikan doh ikut saiz bola pingpong)

Rehatkan lagi selama 1/2 jam atau sampai naik dua kali ganda.sementara tu panaskan oven. Bolehla dibakar pada suhu 180c atau mengikut suhu oven masing masing.

Sebaik je roti masak sapu mentega atau butter diatas permukaan roti supaya ia nampak cantik berkilat dan berseri seri. :-)

Inti Butter milk

100gram salted butter*
30ml susu pekat manis
120gram susu tepung (saya pilih nespray)
70gram gula icing*(saya guna gula yg diblend je)
2biji kuning telur
3sudu besar tepung gandum
Mix bahan bertanda * sampai sebati . Masukan susu pekat dan telur kuning.mix lagi.baru masukan susu tepung dan tepung gandum..mix sebati.siap.
.
.
Selamat mencuba.... :-) Sila SHARE ye. Jika ingin share, komen “SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.
.
Jom la LIKE Ibu Resepi
TAG rakan anda sekali, boleh diorang masak untuk anda nanti :)
.
#iburesepi

Pemilik Resepi : Eiyjarn Aziean AnGah (MAHN)

Friday, 6 January 2017

Sistem faraid - penjagaan wali

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..

Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Mari kita berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

1. Semasa hidup simati org susah, adikberadik tak pernah menjenguk, apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.

2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)

3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.

4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada, isteri dan anak2 tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.

6. Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Simati tiada anak lelaki, so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.

8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak2, ibu simati dan adik beradik simati.

8. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit, lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih, dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran. Kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10. Nak cari mana 150k? nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut rumah dijual, dapatlah bahagian sibalu dan anak2 dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat mustahil dpt cari rumah baru.

Bermula lah episod merempat si anak2 yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jgnkan sibalu, si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali. Waris2 semua lesap lepas dpt bahagian masing2.

Walaupon berhak pada harta simati tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri..ya tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum.

Jika kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.

Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar, bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh, wajib bg walinya mengikut turutan wali sebelah simati menyediakan nafkah utk anak simati. Kalu tidak diambil peduli, menanggunglah diakhirat kelak.

Hukum faraid itu sgt adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn  diberi juga kepada adik beradik simati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

INGAT YEA..! dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.

Wallahu'alam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...