Thursday, 19 May 2016

Roti burger


RESEPI ROTI BURGER :
Bahan-bahan:
250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) - (tingglkan sdkit utk gliss pd roti)
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam
*Untuk Gliss baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nanti roti tu)
Cara-caranya :
1.  Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ade Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
2.  Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam. Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.
3.  Perap sehingga roti naik dua kali ganda. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
*tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ada lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.
***Untuk satu adunan doh ni, boleh menghasilkan lbh krg 12 biji
RESEPI DAGING BURGER HOMEMADE :
Bahan-bahan:
daging/ayam kisar
Serbuk lada hitam
2 ulas bawang merah - diracik halus
Paprika
Sos lea & perrins
Garam
Cara-cara:
◾Gaul semua bahan. Bentukkan seperti bulatan.
◾Leperkan bergantung kepada ketebalan yang diinginkan.
  
◾Bakar dalam non-stick pan yang telah dioles dengan sedikit marjerin. Masak hingga garing. SIAP!
RESEPI SOS CHEESY :

3-4 SUDU MAKAN BUTTER
250ML SUSU SEGAR
2 SUDU MAKAN TEPUNG GANDUM
1 KIUB PATI AYAM
6 KEPING CHEESEDALE
SEDIKIT SERBUK LADA HITAM & LADA PUTIH
SEDIKIT PEWARNA KUNING UNTUK MENAMBAHKAN WARNA PADA CHEESE SOS.
CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan butter hingga cair. Kemudian masukkan susu segar, tepung gandum dan kacau sentiasa sehingga sebati.
2.  Masukkan pula kepingan cheese, kiub pati ayam dan serbuk lada. Boleh masukkan pewarna sedikit jika mahu. ( akma letak sedikit pewarna kuning ).
3.  Kacau sebati sehingga masak.  Sos jgn terlalu pekat or cair. Boleh disimpan di dlm peti sejuk dlm bekas yg tertutup rapat. Biasanya tahan seminggu sos ni.
*BURGER HIAS IKUT KREATIVITI MASING2.. :)
SENANGKAN?
JOM MASAK UTK YG TERSAYANG

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...